Susulan video tular yang memaparkan pelakon Beego menyertai jemaah tabligh di Terengganu baru-baru ini, isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, tampil memberikan respons.
Menurut Linda, dia menyokong sepenuhnya langkah yang diambil suaminya itu dan menganggap penyertaan Beego dalam kumpulan tabligh sebagai satu tindakan yang tepat.
Namun begitu, Linda turut menyatakan harapannya agar perubahan yang ditunjukkan itu bukan sekadar sementara atau bersifat luaran semata-mata.
“Tabligh tu dah betul dah. Takut dia je yang tak betul.
“Harap-harap dia istiqamah. Jangan wayang je,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hati Dijentik Sertai Tabligh, ‘Hijrah’ Beego Raih Pujian – “Riak Wajah Dia Sugul, Semoga Kembali Ceria”
Dalam pada itu, Linda atau nama penuhnya, Norhazlinda Hashim, 41, bagaimanapun mengingatkan agar suaminya itu menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya terutamanya bab nafkah.
“Nafkah anak-anak tanggung jawab pada anak-anak mana tak settle-settle lagi?,” soalnya.
Linda berkongsi perkara demikian menerusi muat naik di ruangan Instagram Stroy miliknya.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai dengan talak satu pada 27 Mac 2023, namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada 9 April 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.





