JPJ Perkenal Wajah Baru Lesen Memandu, Lebih Selamat Dan Eksklusif | Oh! Media

JPJ Perkenal Wajah Baru Lesen Memandu, Lebih Selamat Dan Eksklusif | Oh! Media

Kalau korang ada plan nak ke luar negara dan masih guna lesen memandu lama, ini berita penting buat korang.

Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melancarkan rekaan ilustrasi baharu untuk Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang kini tampil lebih moden dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Reka bentuk lebih menarik, siap dengan unsur warisan

Lapor Harian Metro, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengedaran kad baharu ini telah bermula secara berperingkat di seluruh negara, tapi hanya untuk pemohon warganegara yang nak ke luar negara je buat masa ini.

Bukan biasa-biasa ya, kad baharu ini bukan saja tahan lasak sampai 10 tahun, malah dilengkapi elemen reka bentuk yang cukup menarik.

Dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.

Ciri keselamatan juga menjadi keutamaan bagi versi terkini kerana ianya mampu mencegah pemalsuan dan pengubahsuaian kad.

Jadi, pemegang lesen boleh menggunakannya dengan lebih yakin dan selamat, terutama bila melancong ke negara yang tak menerima lesen digital.

Lesen fizikal hanya untuk ke luar negara

jpj

Bagi korang yang memperbaharui lesen memandu seperti biasa, korang hanya akan dapat versi digital melalui aplikasi MyJPJ.

Tetapi jika mahu ke luar negara, korang bolehlah membuat permohonan lesen fizikal baharu ini termasuk permit memandu antarabangsa (IDP) di pejabat JPJ.

Kalau pembaharuan macam biasa guna aplikasi MyJPJ. Kalau pemohon mahu keluar negara mereka boleh dapatkan lesen memandu fizikal ini.

Jelasnya, setakat ini hanya Singapura antara negara terawal yang terima lesen digital melalui aplikasi MyJPJ. Sementara, negara lain masih memerlukan lesen fizikal sebagai bukti rasmi kemampuan memandu.

Pssttt! Okay ke tidak wajah baru lesen memandu ni? Nampaknya kena bercuti ke luar negara lah baru dapat lesen memandu fizikal.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top