Bung Moktar Dan Zizie Izette Gagal Cabar Keputusan Mahkamah, Kena Bela Diri Kes Rasuah RM2.8 Juta | Oh! Media

Bung Moktar Dan Zizie Izette Gagal Cabar Keputusan Mahkamah, Kena Bela Diri Kes Rasuah RM2.8 Juta | Oh! Media

Terkini! Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bagi mendapatkan kebenaran semakan terhadap keputusan terdahulu.

Lapor Bernama, mereka tetap perlu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan jumlah besar RM2.8 juta.

Persidangan tersebut diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bersama Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Mahkamah tegas, tiada keadaan luar biasa ditemui

Hakim Che Mohd Ruzima berkata, permohonan pasangan tersebut tidak memenuhi syarat yang diperlukan untuk semakan, malah tiada keadaan luar biasa atau ketidakadilan yang jelas.

Perkara yang dibangkitkan di hadapan kami boleh dikemukakan dalam rayuan daripada Mahkamah Sesyen, sekiranya sabitan dikenakan kelak. Kami berpendapat syarat ambang kebenaran untuk menyemak keputusan mahkamah ini sebelum ini belum dipenuhi.

Panel hakim juga berpendapat, ianya boleh dibangkitkan dengan wajar pada akhir kes pembelaan kelak.

Mahkamah Rayuan batal keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Bung Moktar dan Zizie

Foto: NST STR/Hayati Nasrah

Sebelum ini, pada 18 November 2024, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Bung Moktar dan Zizie serta mengarahkan mereka membela diri.

Pasangan ini kemudiannya memohon semakan pada Mac lalu, mendakwa panel Mahkamah Rayuan terdahulu tiada bidang kuasa untuk mendengar rayuan pendakwaan.

Walaupun permohonan mereka kini ditolak, Hakim menyatakan bahawa pasangan ini masih mempunyai saluran undang-undang lain jika sabitan dikenakan di peringkat Mahkamah Sesyen nanti.

Dalam prosiding ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide, manakala Bung Moktar dan Zizie diwakili oleh peguam Datuk Seri K. Kumaraendran dan M. Athimulan.

Scroll to Top