[VIDEO] “Apa Yang Dia Cakap Tu Banyak Betul, Kasar Tapi Ada Isi” – Sharnaaz Ahmad Akui DMA Islam Bijak Cuma Kurang Ajar

[VIDEO] “Apa Yang Dia Cakap Tu Banyak Betul, Kasar Tapi Ada Isi” – Sharnaaz Ahmad Akui DMA Islam Bijak Cuma Kurang Ajar

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil bersuara berhubung isu pempengaruh, DMA Islam yang sebelum ini mengkritik beberapa jurusan dalam bidang seni paling bodoh dalam Malaysia.

Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Datuk Basir Ahmad, 39, menyifatkan kenyataan DMA Islam seorang yang bijak namun cara penyampaiannya itu dianggap kurang ajar.

“Saya ada ‘study’ video dia tiba-tiba keluar fyp. Sebenarnya apa yang dia cakap itu banyak betul. Budak ni ada otak, cuma mungkin perwatakan dan cara percakapan dia membuatkan ramai triggered.

“Aku tak kata dia cakap itu betul pada golongan artis atau tidak, sama sahaja semua manusia biasa. Apa yang aku cuba cakap cara penyampaian dia kurang ajar. Kasar tapi ada isi,” jelasnya.

Sementara itu, aktor filem popular Blood Brothers itu turut berkata orang ramai mungkin boleh menerima pandangan DMA Islam sekiranya dia menggunakan cara yang betul dalam penyampainnya itu.

“Kalau dia sampaikan dengan bahasa lembut, cara tersusun dan ayat kemas, aku rasa ‘context’ yang dia sampaikan kepada golongan mana-mana termasuk artis, ada fakta,” katanya.

Terdahulu, DMA Islam hangat menjadi perbualan di media sosial selepas melabel beberapa jurusan pengajian seperti Komunikasi Massa, Seni Teater dan Seni Tari Tradisional sebagai antara jurusan paling bodoh di Malaysia, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dan selebriti.

Scroll to Top