Kuala Lumpur: Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi berita duka atas pemergian abangnya, Firdaus Che Wan yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Dalam hantaran di Instagram, Rozita atau mesra disapa dengan panggilan Che Ta mendoakan kesejahteraan roh arwah abangnya.
“Kepergianmu terlalu cepat, tapi kenangan bersamamu akan abadi selamanya. Al-Fatihah buat abang saya Firdaus Che Wan yang baru saja meninggalkan kami sebentar tadi.
“Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya. Lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
“Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya Allah,” tulisnya.
Harian Metro cuba menghubungi Che Ta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian abangnya, namun belum menerima sebarang maklum balas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




