“Kalau orang nak buat lawak pun, saya tak kisah…”
Demikian reaksi pelakon dan pengacara popular, Janna Nick selepas berdepan kecaman bertubi-tubi susulan isu panas membabitkan dirinya yang didakwa menggelar pelakon dan usahawan jelita, Fazura sebagai ‘perempuan gila.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, dia tidak lagi ‘meroyan’ seperti dahulu apabila netizen mengaitkan isu kontroversinya dengan zuriat.
“Pada awalnya bila orang tak faham konteks perbualan tu, saya terima dengan hati terbuka. Ada yang dapat apa yang saya maksudkan, ada juga yang terus salah faham.
“Tapi bila mereka mula serang saya di media sosial, termasuk bab anak… saya tak marah pun. Saya reda. Kalau tahun lepas, mungkin saya akan down dan sedih. Tapi sekarang saya tak sedih, tak kecewa. Nak melenting atau meroyan tu memang tak,” katanya.
Sebelum ini, nama Janna trending susulan satu klip temu bual bersama aktor, Fattah Amin tersebar luas di TikTok dan X, sekali gus mencetuskan spekulasi serta kecaman dalam kalangan netizen.
Janna menjelaskan kenyataan balas yang dibuat berhubung isu tersebut adalah bagi menutup sebarang isu daripada terus berlarutan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”
“Saya Pengacara Versatil, Bukan Mulut Jahat”
Mengulas imejnya yang sering dianggap berani ‘mengasak’ artis ketika mengacara program gosip popular seperti Melodi, Janna tidak menafikan gaya tersebut adalah kehendak produksi bukan atas kemahuan peribadi.
“Kadang-kadang orang kena faham tugas pengacara tu sendiri. Kalau program ilmiah, tak perlu sentimen provokasi. Tapi kalau program hiburan macam Melodi, memang itu DNA dia.
“Saya akui saya pengacara provokasi, tapi bukan mulut jahat. Sebenarnya, setiap kali saya terima tawaran jadi hos, memang dalam kontrak atau meeting mereka minta mulut saya ‘tajam’ dan pedas. Kalau masa rehearsal saya jadi baik sangat, produser saya akan tegur ‘tak cukup menyengat’,” ujarnya.
Janna berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.
Malah, Janna menegaskan dia bukan hanya tahu mengacara program gosip semata-mata, sebaliknya pernah terbabit dalam pengacaraan program ilmiah seperti ketika pandemik Covid-19.
“Saya bukan hanya tahu mengacara program hiburan. Pernah juga kendalikan program ilmiah, tapi orang tak tahu sebab tak viral. Saya boleh ikut kehendak program. kalau buat Nona, saya jadi lemah lembut. Saya anggap diri saya pengacara versatil,” katanya.
Dalam pada itu, Janna turut menafikan wujud sebarang isu antara dirinya dan pelakon popular, Fattah Amin gara-gara isu tersebut.
“Saya dan Fattah okey saja. Kami tiada masalah, siap boleh gelak-gelak lagi apabila berjumpa,” katanya ringkas.




