Nothing Phone (3) Bakal Lancar Julai Ini, Datang Dengan Spesifikasi Padu? | Oh! Geekz – Oh! Media

Nothing Phone (3) Bakal Lancar Julai Ini, Datang Dengan Spesifikasi Padu? | Oh! Geekz – Oh! Media

Oh! Geekz

Nothing Phone (3) bakal dilancar Julai ini dengan harga sekitar RM4,595! Carl Pei janji rekaan premium & spesifikasi AI lebih hebat.


Jenama inovatif Nothing kini mula mencuri perhatian lagi apabila mengumumkan bakal melancarkan Phone (3) pada Julai ini. 

Menurut laporan Fuzz.my, Nothing memberi bayangan awal tentang kehadiran peranti mereka yang baharu menerusi satu perkongsian di X. 

Walaupun imej yang dikongsi agak samar, ramai menjangkakan Phone (3) akan mengekalkan rekaan telus dan unik, yang menjadi identiti tersendiri bagi jenama ini.

Carl Pei janjikan spesifikasi Nothing terbaru lebih padu

Nothing Phone 3 Carl Pei

CEO Nothing, Carl Pei, sebelum ini turut memaklumkan bahawa Phone (3) bakal hadir dengan rekaan lebih premium, spesifikasi tinggi dan sokongan AI yang lebih pintar berbanding model terdahulu.

Apa yang mengejutkan, beliau turut mendedahkan anggaran harga jualan iaitu sekitar £800 (~RM4,595), jauh lebih mahal daripada model sebelumnya.

Ciri-Ciri yang diharapkan lebih berbaloi

Nothing Phone 3

Walaupun harganya agak ‘keras’, peminat Nothing menjangkakan Phone (3) akan hadir dengan:

  • Skrin OLED 120Hz
  • Cip pemproses Snapdragon terbaru
  • Kamera dipertingkat
  • Ciri AI yang responsif

Namun, semua ini masih belum disahkan secara rasmi dan bakal didedahkan menjelang pelancarannya kelak.

Pssttt! Kalau nak tukar telefon, pastikan kita tahu apa keperluan sebenar. Jangan hanya ikut trend, tapi pastikan setiap ringgit yang dibelanja memang berbaloi dengan fungsi yang kita guna.

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top