Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan selepas memberikan ‘pickup-line’ kepada Ahli Parliman Muar, Syed Saddiq.
Menerusi video tular di platform TikTok, Bella atau nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, secara spontan mengatakan Saddiq itu adalah milik dirinya.
“Kalau sembilan itu nine, kalau kamu itu mine,” katanya berseloroh.
Malah, Saddiq yang ketika itu berada di sampingnya turut tersenyum dan seolah-olah ‘blushing’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur melihat gelagat romantis mereka.
Hubungan antara Bella dan Saddiq masih menjadi tanda tanya sama ada mereka benar-benar menyulam cinta atau tidak meskipun, acap kali dilihat mesra dan selalu bersama.
Bagaimanapun, netizen dan rakan-rakan industri seakan merestui hubungan mereka dan mendoakan agar Bella dan Saddiq berkekalan hingga sah menjadi suami isteri.
@sweetmochaaa_ “Kalau kamu itu mine” 🙈❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #fypシ #foryoupage #dolcea




