Kes Kelar Isteri: Lelaki Meraung, Laung Takbir Di Mahkamah

Kes Kelar Isteri: Lelaki Meraung, Laung Takbir Di Mahkamah

Oh! Tidak

Seorang lelaki penganggur direman selepas disyaki mengelar isterinya hingga maut.


Malam tadi Ohmedai ada kongsikan artikel tentang seoralg lelaki yang bertindak ganas mengelar leher isterinya hingga mati di Bukit Gambir, Johor.

Lelaki berusia 33 tahun itu turut membakar empat kenderaan milik keluarga mentua dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Lelaki direman bawah seksyen 302 & 435…

Lelaki Kelas Isteri

Majistret Lee Kim Keat mengeluarkan perintah reman selepas permohonan dikemukakan oleh pegawai penyiasat IPD Tangkak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kerana khianat dengan api.

Suspek yang memakai baju lokap ungu kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi dengan kawalan ketat polis.

Namun suasana berubah dramatik apabila dia secara tiba-tiba meraung kuat, melaungkan takbir dan mengucap dua kalimah syahadah ketika berada dalam lokap mahkamah.

Permohonan reman mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum suspek dibawa semula menaiki trak polis untuk siasatan lanjut.

BACA: Wanita Maut Dikelar Suami Sendiri, Suspek Bakar Kenderaan Keluarga Mentua

Cubaan bakar rumah ibu mentua…

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu dipercayai mengelar isterinya di rumah mereka di Bukit Gambir.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, lebih 40 kilometer dari lokasi kejadian.

Cubaan membakar rumah itu tidak berjaya, tetapi suspek sempat membakar beberapa buah kenderaan yang berada di luar rumah.

Nasib baik pihak polis bertindak pantas dan berjaya menahan suspek di lokasi berkenaan.

Pssttt! Perkara macam ni buat kita tertanya, apa sebenarnya yang terbuku dalam hati sampai sanggup bunuh isteri sendiri dan cuba musnahkan harta keluarga? Kalau ada tekanan, sepatutnya dapatkan bantuan, bukan lepaskan amarah dengan keganasan. Ingat, satu nyawa yang hilang tak akan pernah kembali.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top