am@hmetro.com.my
Muar: Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun ditahan ketika melanggan pelacur berumur 56 pada serbuan dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) di bandar ini, 12.50 tengah hari, semalam.
Siasatan awal Jainj mendapati, warga asing itu membayar RM40 setiap kali melayan pelacur dengan masa dihadkan ialah 30 minit.
Jainj pada kenyataan berkata, operasi dijalankan ke atas empat rumah tumpangan lama yang didapati dijadikan lokasi pelacur berusia mencari pelanggan.
“Ketika diserbu, beberapa pelanggan lelaki beragama Islam sempat meloloskan diri selepas menerima maklumat oleh penjaga rumah tumpangan berkenaan.
“Pada operasi itu, kami menemukan lebih 10 pelacur berusia senja yang sedang tekun menunggu pelanggan.
“Pemeriksaan juga mendapati rumah tumpangan ini sudah lama beroperasi dan menawarkan khidmat seks berbayar kepada lelaki, terutama warga asing,” katanya.
Lelaki warga asing itu akan didakwa di Mahkamah Syariah Muar mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.
© New Straits Times Press (M) Bhd




