Selepas pendakwah bebas PU Syed tampil menegur tindakan seorang pempengaruh yang mempersendakan keadaan neraka, kali ini giliran pendakwah popular, Ustaz Azhar Idris (UAI) pula menyelar tindakan individu terbabit.
Katanya, tindakan mempermainkan dan meringan-ringankan hukum Allah SWT disifatkan sebagai kafir laknatullah.
Malah, ketika ditanya adakah kufur perbuatan mempersendakan keadaan neraka, UAI menegaskan hukumnya adalah murtad.
“Viral dari negara konoha, seorang lelaki buat video berenang-renang dalam api neraka dia kata tak panas enjoy sahaja duduk dalam api neraka.
“Kalau dia orang Islam, jadi kafir laknatullah kerana apa? Kerana meringan-ringankan Allah, meringan-ringankan janji Allah dan azab Allah hukumnya murtad,” ulasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Beraninya Mereka Jadikan Neraka Sebagai Gurauan”- PU Syed
Dalam pada itu, UAI menjelaskan adalah hina orang yang memperlekehkan hukum Allah kerana, sekiranya individu tersebut meninggal dunia, adalah haram mayat tersebut ditanam di perkuburan orang Islam.
Dan, sekiranya telah dikebumikan, mayat individu tersebut wajar digali semula dan dibuang ke dalam hutan.
“Haram di tanam di kubur orang Islam, kalau mati. Jika mayatnya sudah ditanam di kubur orang Islam wajib digali dan dibuang di dalam hutan.
“Nampak, hinanya orang yang ‘menganjing’ dengan hukum Allah.
“Menganjing boleh tapi menganjing yang patut dengan agama sama sekali tidak boleh,” jelasnya.