Anak Bongsu Syah Inteam Khatam 30 Juzuk Al-Quran 11 Bulan

Anak Bongsu Syah Inteam Khatam 30 Juzuk Al-Quran 11 Bulan

Anak bongsu kepada penyanyi nasyid, Syah Inteam iaitu Muhammad Mustafa kini bergelar Hafiz selepas berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 11 bulan.

Menerusi perkongsian Akademi Akmal, memaparkan anak lelaki penyanyi itu menitiskan air mata kerana berjaya menamatkan hafalan dan dapat dilihat Syah bersama isterinya saling berpelukan.

BACA: Sambutan Luar Biasa, Konsert Inteam Tukar Lokasi Lebih Besar

@akademiakmal

Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz dari darah dan doa Syah Inteam sendiri. MashaAllah, tabarakallah. Dan kini, kita akan bersama menyaksikan detik gemilang ini, di Pentas Haflah Takrimi ke-6 AKMAL, yang tinggal 3 hari sahaja lagi! ? 1 Jun 2025 ?Bangi Avenue Convention Centre #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #hafiz30juzuk #haflahtakrimi6 #inteam #syahinteam

? original sound – bigboss – bigboss

“Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz daripada darah dan doa Syah Inteam sendiri. Masya-ALLAH, tabarakallah,” tulis hantaran berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Mustafa serta ramai yang memuji Syah serta isteri kerana mendedahkan Al-Quran kepada anak mereka pada usia muda sehingga bergelar hafiz 30 juzuk.


Scroll to Top