Terkini: Identiti 5 mangsa kemalangan maut di Jerantut

Terkini: Identiti 5 mangsa kemalangan maut di Jerantut

alagesh@nst.com.my

Jerantut: Lima orang termasuk empat beradik maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7 Jalan Jerantut-Maran di sini, hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai pemandu Perodua Bezza, Mohamad Ikmal Ishak, 26, bersama adik-beradik, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21; Mohamad Azizul Hakimi Aziz Jaafar, 19, dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17.

Tiga lagi termasuk seorang wanita berusia 28 tahun yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV)

Toyota Alphard terselamat dengan kecederaan ringan dalam kemalangan tengah malam itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, bomba Jerantut dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 12.39 tengah malam sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian kurang lima minit kemudian.

“Kemalangan membabitkan lapan mangsa menaiki dua kenderaan. Tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza tercampak keluar dari kenderaan mereka, manakala dua lagi terperangkap di dalam kereta.

“Bomba menggunakan alat menyelamat untuk membawa keluar mayat dua mangsa dalam Perodua Bezza sebelum menyerahkan mayat kepada polis.

“Tiga mangsa yang cedera dalam perjalanan dalam Alphard dihantar ke Hospital Jerantut dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam,” katanya.

Razam berkata, siasatan awal mendapati Perodua Bezza dalam perjalanan dari Bota, Perak ke Jerantut, manakala Toyota Alphard dalam perjalanan dari Pulau Tawar di sini ke Jerantut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top