Caprice Kongsi Sindiran Naim Daniel Tentang Sikap

Caprice Kongsi Sindiran Naim Daniel Tentang Sikap

Oh! Artis

Caprice kongsi ciapan sindiran Naim Daniel tentang sikap suka salahkan takdir bila buat silap.


Nampaknya media sosial sekali lagi menjadi medan sindiran tajam apabila penyanyi dan pelakon Naim Daniel membuat satu ciapan yang menyentuh isu tanggungjawab dan sikap sesetengah individu dalam menghadapi kesilapan sendiri.

Ciapan tersebut yang dimuat naik pada 15 November 2024 dan meraih lebih 180,000 tontonan berbunyi.

Matematik orang Melayu: Sendiri buat benda bodoh = Ujian buat saya.

Caprice kongsi semula hantaran di Instagram Story…

Apa yang menarik, ciapan Naim Daniel itu kemudiannya dikongsi semula oleh Caprice menerusi Instagram Story miliknya hari ini.

Penyanyi rap dan usahawan berkenaan turut meletakkan emoji ‘shrug’ seakan menyokong atau mengiyakan kenyataan tersebut, tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian netizen yang tertanya-tanya sama ada ia ditujukan kepada mana-mana individu secara spesifik atau sekadar menyentuh budaya umum dalam kalangan masyarakat.

Sindiran atau teguran sosial?

Ciapan tersebut dilihat sebagai sindiran terhadap sikap segelintir masyarakat yang kerap menyalahkan takdir apabila berdepan masalah yang sebenarnya berpunca daripada tindakan sendiri.

Ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan itu, menganggap ia sebagai satu teguran yang perlu diambil secara terbuka, terutama dalam konteks pertanggungjawaban terhadap keputusan dan tindakan sendiri.

Pssttt! Jangan terlalu cepat menyalahkan takdir apabila sesuatu yang buruk berlaku, lebih-lebih lagi jika ia berpunca daripada keputusan kita sendiri. Belajar bertanggungjawab dan baiki kesilapan adalah langkah pertama ke arah kematangan diri. Jangan guna ‘ujian Tuhan’ sebagai alasan untuk elak muhasabah diri.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top