
JERUSALEM: Kira-kira 15 orang terbunuh akibat rempuhan di festival unggun api keagamaan di Israel hari ini, lapor stesen TV Channel 12, dalam insiden yang disifatkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai “bencana besar”.
Pakar perubatan mengesahkan puluhan lagi turut tercedera di pesta Lag B’Omer di utara Gunung Meron, di mana puluhan ribu penganut Yahudi ultra-Ortodoks berkumpul di makam seorang cendekiawan abad kedua bagi memperingatinya dengan acara sembahyang dan tarian sepanjang malam.
Perkhidmatan ambulans Magen David Adom berkata kira-kira 20 orang mengalami kecederaan yang kritikal.
Di Twitter, Netanyahu menyifatkannya sebagai “bencana besar” dan menambah: “Kita semua berdoa untuk kesejahteraan mangsa.”
Perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran pegawai kesihatan yang bimbang perhimpunan bakal mencetuskan risiko Covid-19.
Polis berkata semalam mereka telah menahan dua orang kerana mengganggu tugas pegawai untuk menjaga ketenteraman di lokasi festival.




