Tokyo: Bintang pop Jepun, Ayumi Hamasaki, 47, tampil menepis khabar angin mendakwa billionaire teknologi, Elon Musk, 43, adalah bapa kepada dua anaknya.
Hamasaki membuat kenyataan rasmi untuk menghentikan desas-desus yang bertebaran.
Dia menjelaskan kekeliruan dan penyebaran khabar angin itu.
“Saya sudah perhatikan hal ini dan sudah masanya saya bersuara. Elon Musk bukan bapa kepada mana-mana anak saya. Saya faham jika ada beranggapan begitu,” katanya.
Motivasi utama Hamasaki mengeluarkan penafian tegas ini bukanlah kerana imej peribadinya semata-mata, tetapi demi masa depan anak-anaknya.
“Tolak tepi imej peribadi saya, bila anak-anak sudah cukup dewasa dan membuat pencarian di internet, saya tak mahu mereka terbaca, percaya khabar angin itu benar.
“Justeru, saya menafikan ia sekeras-kerasnya,” katanya.
Identiti sebenar bapa kepada dua anaknya yang kini berusia enam dan empat tahun itu kekal dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Hamasaki pernah berkahwin dengan pelakon dan model Austria, Manuel Schwarz dari 2011 hingga 2012.
Kemudian pelajar perubatan Amerika, Tyson Bodkin pada 2014 hingga 2016.
Penyanyi Blue Bird itu juga pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi Jepun, Tomoya Nagase selama tujuh tahun. Namun, berakhir pada 2007.
© New Straits Times Press (M) Bhd