nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi tadi selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung Sireh.
Dalam kejadian jam 12.30 tengahari itu, lembu berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu.
APM menerusi kenyataan di Facebook berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Kota Bharu menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari menerusi talian MERS 999.
“Bertindak segera atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bersama aset logistik APM.
“Setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati seekor lembu korban sudah mati selepas terjatuh dalam telaga,” katanya
Beliau berkata, anggota operasi kemudiannya berjaya mengangkat lembu menggunakan peralatan khas dan teknik penyelamatan yang bersesuaian.
“Meskipun lembu berkenaan tidak dapat diselamatkan, operasi yang dijalankan tamat dengan jayanya tanpa sebarang insiden kecederaan atau risiko keselamatan kepada anggota pasukan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd