am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan lima ekor lembu untuk ibadah korban sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie, hari ini.
Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berlangsung di padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, di sini.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, lima ekor lembu itu termasuk 49 ekor lembu disembelih untuk agihan kepada 2,000 asnaf.
“Daging korban berkenaan akan diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin dengan setiap penerima akan mendapat dua kilogram (kg) daging serta tulang,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhamamd Fakhry Petra berkenan menyaksikan penyembelihan lima ekor lembu terbabit.
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama lebih 500 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang.
Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut menyembelih seekor lembu korban.
© New Straits Times Press (M) Bhd