Kuantan: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Zukri Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Sabri Ismail, 36, pada 9.29 malam tadi.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang OKU mental berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.
“Lelaki itu kali terakhir dilihat di sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.
© New Straits Times Press (M) Bhd