
Wabak salmonella menjangkiti puluhan orang di tujuh negeri bahagian barat dan tengah negara itu. Gambar hiasan
Wabak itu dikaitkan dengan telur perang organik dan telur perang daripada ayam tidak dikurung yang diedarkan antara Februari hingga Mei oleh Syarikat August Egg, yang kini menarik balik produk itu kerana kemungkinan pencemaran.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sebanyak 79 kes jangkitan salmonella disahkan di negeri Arizona, California, Illinois, Indiana, Nebraska, New Mexico, Nevada, Washington dan Wyoming. Seramai 21 individu dimasukkan ke hospital.
Gejala jangkitan salmonella termasuk cirit-birit, demam, muntah yang teruk, dehidrasi dan kekejangan perut. Walaupun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh seminggu, jangkitan boleh menjadi serius bagi kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kadangkala memerlukan rawatan di hospital. – Bernama