“Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu, Tak Mengaku Buat Apa” – Ameera Khan | Trending – Oh! Media

“Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu, Tak Mengaku Buat Apa” – Ameera Khan | Trending – Oh! Media

Trending

Ameera Khan akui tiada darah Melayu, namun sering ‘mengaku’ demi elak kecaman. Ini penjelasan jujurnya yang buat netizen tersentap!


Pempengaruh terkenal, Ameera Khan akhirnya membuka mulut mengenai asal-usul keturunannya yang selama ini menjadi tanda tanya ramai.

Menurut adik kepada Neelofa itu, dia tidak mempunyai darah Melayu kerana ibunya berketurunan Arab dan ayahnya pula berasal dari Pakistan.

Mak saya Arab dan ayah adalah Pakistan, tiada darah Melayu. Tapi lahir dan membesar kat sini (Kelantan), mestilah boleh cakap Melayu.

“Saya mengaku melayu sebab tak nak dikecam” – Ameera Khan

Walaupun sedar dirinya bukan Melayu, Ameera mengakui sering ‘mengaku’ Melayu untuk elak dikritik oleh orang ramai.

Selalunya orang tanya Melayu ke? Saya mengaku sahaja sebab dah cakap dalam bahasa Melayu, nanti orang kata tak sedar diri pula.

Tak nafi bangsa, tapi serba salah bila jujur

Ameera Khan

Ameera juga berkata niatnya bukan untuk menafikan asal-usul, namun dia sering keliru apabila cuba menjelaskan kerana penerimaan masyarakat sukar diramal.

Bukannya tak nak mengaku Melayu, tapi mak ayah saya tiada darah Melayu… Nak mengaku buat apa?

Pssttt! Tak salah jujur tentang asal-usul, tapi masyarakat juga perlu belajar menerima perbezaan tanpa mudah menjatuhkan hukum.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top