Nahas Pelajar UPSI, Rupanya Bas Tukar Laluan Saat Akhir? | Trending – Oh! Media

Nahas Pelajar UPSI, Rupanya Bas Tukar Laluan Saat Akhir? | Trending – Oh! Media

Trending

Tragedi bas ekspres ragut 15 nyawa pelajar UPSI. Dakwaan laluan ditukar saat akhir?


Tragedi menyayat hati yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI awal pagi tadi terus mengundang pilu. 

Menurut laporan Kosmo, salah seorang ahli keluarga mangsa, Najibah Zahir mendakwa bas ekspres tersebut tidak melalui laluan biasa di Gua Musang, sebaliknya memilih jalan alternatif menerusi Gerik, dipercayai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Biasanya bas ikut laluan Gua Musang, tapi kali ini pemandu guna laluan Gerik, mungkin untuk elak jalan sesak.

Tukar tiket saat akhir, tak sangka jadi mangsa

Bas Upsi

Najibah yang juga kakak ipar kepada Lily Suzana Mat Yaakob, 23, berkata adik iparnya sepatutnya menaiki bas malam ini, namun menukar tiket lebih awal kerana ada kelas.

Sepatutnya adik ipar saya naik bas malam ini, tapi dia tukar tiket lebih awal sebab ada kelas.

Perasaan cemas menyelubungi dirinya apabila melihat gambar bas yang terbalik, dan menyedari Lily berada dalam bas tersebut.

Keadaan mangsa stabil tapi masih belum sedarkan diri

Bas Upsi

Najibah memaklumkan bahawa Lily kini dalam keadaan stabil dan tiada pendarahan dalam kepala, namun masih belum sedarkan diri.

Sekarang sedang jalani imbasan lanjut.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa dilaporkan dalam keadaan lebih kritikal dan sedang dirawat di Zon Merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pssttt! Setiap keputusan di jalan raya, sekecil mana pun, boleh beri impak besar. Sentiasa utamakan keselamatan dan ikut laluan yang lebih selamat berbanding cepat sampai.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top