am@hmetro.com.my
Papar: Tiga blok bangunan kedai lama jenis kayu di pekan Bongawan, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini.
Kejadian kira-kira 5.30 pagi itu turut menyebabkan beberapa kenderaan musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.38 pagi.
Katanya, seramai 15 anggota termasuk bantuan dari BBP Papar dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.
“Kebakaran membabitkan bangunan kedai dua tingkat jenis tidak kekal terbakar.
“Pasukan bomba sedang giat menjalankan operasi pemadaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd




