zahratulhayat@nst.com.my
Ipoh: Perintah reman terhadap pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri sehingga mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam akan dilakukan selepas lelaki itu dibenarkan keluar dari hospital.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu berusia 42 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.
“Kita perlu tunggu dia keluar hospital sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
“Dia sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam sidang media semalam Noor Hisam dilapor berkata pemandu berkenaan mengalami kecederaan pada tangan.
Beliau dipetik berkata, pihak polis juga masih belum mengambil keterangan daripada lelaki berkenaan.
Selain pemandu berusia 42 tahun itu, seorang kelindan bas dan 42 pelajar UPSI turut berada di dalam bas itu.
Siasatan awal mendapati bas terbabit melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Alza sebelum pemandunya hilang kawalan dan kenderaan itu terbabas.
Mangsa dalam kenderaan Perodua Alza adalah pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an, bersama anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia tiga tahun.
Selain itu, seramai 27 penumpang bas yang cedera membabitkan 23 wanita dan empat lelaki sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling dan Hospital Taiping.
- Nak gugur jantung bila tahu anak kemalangan bas – Bapa Wan Nur Suhaila
- Bedah siasat 15 pelajar UPSI selesai, jenazah akan diserahkan kepada keluarga
- Rakaman dashcam tunjuk bas dipandu laju, penghadang jalan menembusi badan bas
- 14 jenazah bakal disolatkan di Masjid Hadhari Jertih
- Syarikat bas nafi dakwaan guna pemandu lori sebagai ‘back’
- Ayah sembelih seekor kambing gembira adik dapat tawaran ke UPSI – Kakak mangsa
- Identiti 15 pelajar UPSI maut dikenal pasti
- Saya mesej malam tadi tapi hingga pagi tidak berjawab, rupanya mereka sudah
- Fakhrul Arif sempat beri wang kepada adik bongsu, perangai tidak seperti
- 50 sukarelawan pelbagai NGO iring 15 van jenazah ke Perak
- Mangsa maut tragedi bas UPSI dikategorikan syahid akhirat – Mufti Pulau
- Kali terakhir jumpa cucu di majlis tahlil
- Tadi di zon merah, info terkini dukacita – Bapa Nik Amni Nadiah
- Nahas UPSI: Sepupu Zoey Rahman antara yang maut
- Lewat 15 minit, pelajar UPSI terselamat dalam tragedi bas maut
- Bedah siasat 13 mangsa nahas bas dijangka selesai tengah malam ini
- Saksi cuba matikan enjin bas mahu elak kebakaran, gagal sebab tidak tahu
- YPM beri sumbangan segera RM1,000 kepada pelajar UPSI terbabit nahas
- Mangsa terbaring di tepi jalan, berlumuran darah… sunyi… tiada suara, tiada tangisan
- Masih terlalu awal bincang SOP sewaan bas oleh pelajar
- MB Perak sebak lepas ziarah keluarga mangsa
- Dengar raungan kesakitan dalam gelap – Saksi
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pelajar UPSI
- Polis tubuh pasukan khas siasat nahas 15 maut di Gerik
© New Straits Times Press (M) Bhd




