“Saya dah cuba segalanya, tapi Allah lebih tahu…”, itulah antara luahan penuh sebak pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, selepas terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa, termasuk 14 pelajar UPSI.
Kemalangan berlaku di Jalan Jeli-Gerik awal pagi semalam, dan Amirul kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.
“Brek tiba-tiba tak berfungsi”- Pemandu bas.

Menurut Amirul, semuanya berlaku terlalu pantas. Bas yang bertolak dari Terengganu dikatakan dalam keadaan baik sehinggalah sampai ke jambatan lintasan gajah di Gerik.
Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasuk brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar.
Seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku. Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik.
Pemandu bas beri arahan cemas kepada penumpang sebelum terbalik…

Amirul turut menjerit memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia menghadapi apa yang bakal berlaku.
Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer. Yang duduk belakang mungkin tak dengar, mereka sangka saya sedang marah.”
Dia juga menafikan dakwaan memandu laju kerana memang sudah biasa dengan laluan Jeli-Gerik.
“Saya menangis tengok keadaan mereka”- Pemandu bas.

Selepas kemalangan, Amirul sempat sedar dan bantu pelajar keluar melalui cermin depan yang pecah.
Saya sendiri sedih dan menangis dengan apa yang berlaku, namun apakan daya. Sepanjang saya memandu bas, ini pertama kali saya terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa.
Mohd Amirul yang berasal dari Besut kini menunggu pembedahan tangan kirinya yang patah dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
Saya hanya mampu meminta maaf kepada semua dan saya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
Pssttt! Sebagai manusia, kita tak dapat lari daripada ujian. Kemalangan ini sangat menyayat hati dan pastinya meninggalkan kesan trauma buat semua yang terlibat. Sama ada benar atau tidak cerita dari pemandu ini, biarlah siasatan tentukan. Yang pasti, kita doakan roh mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga keluarga mangsa terus kuat menghadapi dugaan ini.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




