Trending
Fara Salleh dedah Shuk Sahar layan isteri orang dan langgan wanita di Telegram! Siap tunjuk bukti perbualan dengan isteri orang?
Nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat apabila bekas isterinya, Fara Salleh, tampil memuat naik luahan kemarahan dan kekecewaan terhadap pelawak terkenal itu di media sosial.
Menurut laporan Oh Bulan, Fara mendakwa Shuk bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab terhadap anak, malah berkelakuan tidak senonoh dan dikatakan menjalin hubungan dengan isteri orang.
Ke kau tengah seronok lupa tanggungjawab pada anak ni sebab busy jual diri dalam apps?
Sebab seronok atau kesunyian time single kan, sampai bini orang pun kau layan.
Fara Salleh dedah perbualan WhatsApp Shuk Sahar dengan isteri orang

Fara turut mendedahkan perbualan WhatsApp yang dipercayai antara Shuk dan seorang wanita yang didakwa sudah bersuami. Isu ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan terbuka tersebut.
Tidak hanya itu, Fara juga tampil menafikan tuduhan Shuk yang mengatakan dia terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Sebaliknya, dia mendakwa Shuk sendiri pernah melanggan wanita di Telegram dan menuduh bekas suaminya itu bermain dengan imaginasi sendiri.
Kau sendiri langgan betina dalam Telegram! Ilusi sampai takut dengan bayang-bayang sendiri.
Meh sini kau buktikan pada semua netizen kalau aku pernah jual diri seperti yang kau dakwa.
“Kau nak aku hancur lepas cerai?” – Fara

Fara turut meluahkan bahawa dia berasa diganggu secara mental oleh Shuk selepas perceraian mereka. Dakwanya, Shuk sengaja mahu melihatnya jatuh dan merayu kembali.
Kau expect kau ceraikan aku, kau biarkan aku settle semua sendiri dengan niat kau nak aku susah, nak aku hancur!
Kau nak aku down, nak aku sedih all the time, supaya aku berlutut dekat kau merayu? Itu niat sebenar kau.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.