Penyampai radio popular, Fizi Ali mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi laman sosial miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizi bersama isterinya, Siti Zulaikha kelihatan makan sepinggan sebagai cara mengeratkan lagi hubungan mereka.
“Bila anak-anak berehat dekat bilik masing-masing..ini la time dapat share moment sama-sama.
“Makan berkongsi macam ni mula-mula sebab nak jimat pinggan sekarang jadi kebiasaan pula..Seronok makan berebut siapa dapat dulu, siapa mengalah dulu. Tapi itu yang merapatkan lagi hubungan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar hubungan pasangan ini kekal harmoni dan bahagia.
Tidak kurang juga yang berkongsi kenangan manis ketika mereka sendiri mula melayari bahtera perkahwinan suatu ketika dahulu.




