Susulan nahas tragis yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik baru-baru ini, Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) gesa kerajaan senarai hitam terus pengendali bas terbabit agar tidak lagi dibenarkan beroperasi.
Gesa kerajaan senarai hitam pengendali bas terlibat kemalangan
Memetik laporan daripada FMT, Presiden PPJK, Fahami Ashrof Badaruddin menegaskan bahawa syarikat yang lebih mementingkan keuntungan daripada keselamatan tidak wajar diberi peluang kedua.
“Mereka tak fikir tentang keselamatan pengguna, tetapi keuntungan. Jadi, mohon kerajaan terus batal dan menyenaraihitamkan syarikat serta pemilik syarikat terbabit.
“Individu tidak bertanggungjawab ini tidak wajar lagi dibenarkan mendapat lesen pengendali kenderaan, baik bas mahupun lain-lain,” katanya.
Gesa kerajaan senarai hitam pengendali bas, banteras aktiviti pajak haram
Fahami turut menggesa kerajaan menjalankan operasi besar-besaran bagi membanteras syarikat bas yang terlibat dalam aktiviti pajakan haram sebelum lebih ramai nyawa terkorban.
“Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani isu sedemikian.
“Bukan sekadar melakukan kajian apabila berlaku kemalangan, tetapi tiada hasil kajian didedahkan kepada masyarakat untuk menilai tahap ketersediaan pengendali bas,” ujarnya.
Artikel lain: Ulama cadang hukum pemandu cuai puasa 2 bulan berturut, wajib bayar pampasan
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa permit pengendali telah dibatalkan serta-merta selepas didapati melanggar beberapa syarat penting, termasuk memajak permit kepada pihak ketiga dan gagal mengaktifkan sistem GPS.
Sumber: FMT (Chai Wan Rou)