Kisah Penghijrahan Nora Danish Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Kisah Penghijrahan Nora Danish Undang Perhatian Ramai | Trending – Oh! Media

Trending

Nora Danish luah rasa kosong dan akui hilang cinta Allah sebelum kembali mendekatkan diri dengan Islam. Perjalanan hijrahnya buat ramai sebak!


Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila perkongsian kisah penghijrahannya tular di TikTok

Dalam sebuah sesi temubual, aktres ini berkongsi detik-detik menyedihkan yang membawa dirinya berubah menjadi wanita Muslim yang lebih baik.

Menurut Nora, dia pernah merasa kosong dan serba tidak kena dalam hidupnya, dan mula tertanya-tanya punca kepada rasa itu.

Saya hilang cinta Allah, sebenarnya saya tak ada benda tu dalam hidup saya. So sebab itu hidup saya tak sempurna, tak perfect.

Ujarnya, selepas menyedari kekurangan itu, dia mula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Di situlah dia temui semula ketenangan yang hilang selama ini.

“Allah tak pernah tinggalkan saya” – Nora Danish

Paling menyentuh hati, Nora turut berkata walaupun dirinya lalai satu ketika dulu, Allah SWT tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tidak pernah tinggalkan saya walaupun sedikit, Dia bagi je apa yang saya nak. Dia tetap jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda yang besar.

Netizen terharu dan doakan Nora terus istiqamah

Nora Danish

Kalau koramg tengok ruangan komen, ramai yang mendoakan Nora. Rata-rata netizen tersentuh dengan keikhlasan pengakuannya dan berharap dia terus kuat dalam memperbaiki diri.

Pssttt! Hidayah itu milik Allah dan boleh datang bila-bila masa. Yang penting, kita sentiasa terbuka untuk berubah dan kembali kepada-Nya. Jangan pernah putus asa mencari cinta Allah.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top