Nama pempengaruh terkenal, Mek Yun kembali menjadi tumpuan netizen apabila dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya bagi menyerahkan maklumat berhubung satu grup Facebook berunsur lucah yang memaparkan gambar kanak-kanak sekolah.
Menerusi satu video yang dikongsi di media sosial, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee menyatakan beliau bertindak sebagai suara kepada mereka yang takut dan tidak mampu bersuara sendiri.
Mek Yun seru masyarakat berani lapor polis…

Saya buat semua ni sebab ramai sangat yang takut nak bersuara. Sebagai content creator yang bertanggungjawab, Mek Yun bersuara untuk mereka yang tak mampu bersuara.- Katanya dalam video tersebut.
Dia turut menyeru orang ramai agar tidak berdiam diri sekiranya berdepan situasi yang sama atau mengenali sesiapa yang menjadi mangsa.
Kalau benda macam ni jadi dekat korang, atau orang yang korang kenal tolong speak up. Lapor pada polis. Jangan diam!
Mek Yun dah buat semampu yang boleh, sekarang kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.- Jelasnya lagi.
Netizen sokong tindakan Mek Yun bongkar grup FB jijik…
Ruangan komen dibanjiri sokongan padu daripada netizen yang memuji keberanian Mek Yun bertindak tegas dalam isu yang melibatkan keselamatan kanak-kanak. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kerana mendedahkan kewujudan grup Facebook berkenaan.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai satu grup terbuka di Facebook yang dinamakan ‘Grup Budak-Budak Sekolah Rendah’. Grup ini dilaporkan memaparkan gambar kanak-kanak perempuan bersama kapsyen berunsur lucah, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.
Lebih mengejutkan, gambar lama Mek Yun ketika zaman sekolah di SMK Bukit Jambul juga telah dimuat naik tanpa kebenaran dalam grup berkenaan, membuktikan tiada siapa yang terkecuali daripada ancaman digital ini.
Pssttt! Apa yang dilakukan oleh Mek Yun harus dijadikan contoh kepada semua. Jangan biarkan penjenayah seksual berselindung di balik akaun media sosial. Jika anda atau orang sekeliling menjadi mangsa eksploitasi atau gangguan seksual, segera buat laporan kepada pihak berkuasa. Keselamatan anak-anak dan masa depan mereka tidak sepatutnya dijadikan bahan hiburan atau eksploitasi.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




