Intuit QuickBooks lancar penyelesaian e-Invois terbaik untuk perniagaan

Intuit QuickBooks lancar penyelesaian e-Invois terbaik untuk perniagaan

Intuit Inc. sebuah platform teknologi kewangan global yang terkenal membangunkan perisian TurboTax, Credit Karma, QuickBooks dan Mailchimp mengumumkan pelancaran penyelesaian e-invois terbaharu dalam Intuit QuickBooks.

Ia bakal menawarkan kemudahan kepada pengguna dalam memastikan pematuhan invois dengan mudah tanpa kos dan risiko yang sedia ada melalui proses manual.

Naib Presiden Intuit APAC, Lars Leber berkata, penyelesaian e-invois itu bukan sahaja menyokong perniagaan di Malaysia dalam memenuhi keperluan pematuhan kerajaan malah menyumbang kepada matlamat kerajaan untuk meningkatkan ketelusan cukai dan kecekapan digital.

“Dengan menyelaraskan proses laporan dan mengurangkan kesalahan melalui proses manual, kami membantu perniagaan beroperasi dengan lebih cekap menerusi kelancaran aliran tunai dan pemulihan pembayaran yang pantas sambil memastikan ketepatan data untuk pihak berkuasa.

“Ia adalah situasi menang-menang yang memperkukuhkan ekosistem perniagaan secara keseluruhan, serta menyokong agenda ekonomi digital Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, penggunaan e-invois semakin diterima pakai oleh kerajaan di seluruh dunia dalam mengautomasikan pelaporan dan pematuhan serta memastikan ketepatan data transaksi.

Bagi mengadaptasi dengan perkembangan semasa, perniagaan di Malaysia perlu mengautomasikan proses mereka untuk memastikan pematuhan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang yang semakin kompleks.

Dalam pada itu, langkah tersebut turut meletakkan mereka di posisi untuk bersaing dalam ekonomi Asia Tenggara yang semakin digital pada ketika negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

“Kami komited untuk memacu kejayaan pelanggan kami di Malaysia dan e-invois merupakan satu titik permulaan.

“Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inovasi, mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI) dan membina platform di mana semuanya berada di satu tempat untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan anda, dari prospek hingga aset, dengan pasukan maya ejen AI yang dibantu oleh kepakaran manusia,” katanya.

Menurut Leber, penyelesaian e-invois ini akan memberikan beberapa faedah kepada pelanggan antaranya mempertingkatkan aliran tunai daripada kerajaan Malaysia, memudahkan proses dan kecekapan yang lebih tinggi dan menjimatkan masa dalam pentadbiran perniagaan.

“Selain itu, ia juga satu bentuk kemudahan bagi menghantar invois dengan hanya beberapa klik serta menjejaki status e-invois anda pada bila-bila masa dari pada paparan invoice dashboard.

“Berikutnya, pengintegrasian sambungan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), ketelusan penuh dan kemas kini status sepanjang proses e-invois serta pencegahan risiko berkaitan isu kelangsungan perniagaan, rantaian bekalan dan kehilangan pendapatan akibat ketidakpatuhan,” katanya.

Scroll to Top