Jurulatih bola sepak cabul dua remaja dituduh esok

Jurulatih bola sepak cabul dua remaja dituduh esok

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi : Jurulatih bola sepak persendirian yang disyaki mencabul dua remaja perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Tertuduh akan didakwa esok untuk kedua-dua kes,”katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan di kawasan Bayu Damai di sini pada 11 Jun, selepas polis menerima dua laporan daripada dua remaja perempuan itu pada 10 dan 11 Jun lalu.

Yusof dilaporkan berkata suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top