“Mana Ada Orang Sakit Senyum & Blushing Macam Tu” – Irfan Haris Spill The Tea, Amirah Othman ‘Blushing’ Fattah Amin Lawat Di Hospital

“Mana Ada Orang Sakit Senyum & Blushing Macam Tu” – Irfan Haris Spill The Tea, Amirah Othman ‘Blushing’ Fattah Amin Lawat Di Hospital

Hantaran pelakon popular, Fattah Amin di ruangan Instagram miliknya pada Isnin menyorot perhatian ramai pihak termasuklah peminat dan rakan selebriti.

Menerusi hantaran tersebut, Fattah kelihatan memuat naik foto pelakon dan penyanyi, Amira Othman sambil memegang lapan kumtum bunga tulip berwarna-warni.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian adalah, kapsyen dan lagu latar yang digunakan aktor itu pada hantaran berkenaan yang didakwa seakan-akan meluahkan perasaannya.

“Semoga cepat sembuh, rakan sekerja,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Tidak habis disitu, adik bongsu kepada Amira iaitu, Irfan Haris juga tampill mendedahkan kepada umum situasi yang berlaku pada ketika itu ketika Fattah datang melawat ‘rakan sekerja’ nya itu di hospital.

“Lepas habis kerja tu saya buka Instagram, saya tengok kakak saya tengah senyum. Senyum yang lebar.

“Patutnya kalau orang tak sihat tak senyum macam tu.  Tapi sebab dapat bunga oleh ‘rakan sekerja’ so dia senyum macam tu.

“Bila saya tengok tu, saya blur juga takut siapa yang bocorkan rahsia. Tapi, tengok-tengok Abang Long yang post,” katanya.

Irfan berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di paltform TikTok miliknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Irfan juga berkongsi, dia tidak pernah melihat senyuman bahagia kakaknya itu seperti ketika kejadian berlaku sehinggakan dia dan keluarganya juga turut ‘blushing.

Selain Fattah, ibu bapa Amira juga turut berada di hospital berkenaan.

“Dia masih tak sihat nak denda saya, dia masih perlukan tenaga. Tapi saya rasa bukan setakat tenaga dengan vitamin sekali dia dah dapat.

“Abang Long yang bocorkan sendiri. Jadi bila dia bocorkan saya boleh merungkai dengan lebih details lah kan?

“Abang Long ada (dekat hospital) sudah dia yang post maksudnya dia ada lah… Sampai bunga pun saya tak tahu ada berapa kuntum.

“Yang penting saya tengok senyuman kakak saya dan senyuman Abang long. Saya dekat tepi tu pun kata dalam hati ambil je lah bumi ni’.

“Saya yang tengok mereka pun blushing dekat tepi bilik hospital tu. Dah macam cendol dah. Yelah tu rakan sekerja. Mama, Abah pun ada,” jelasnya.

-Embed Vid

Difahamkan, pelantun lagu Dalam Sujudku ini dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan.

Scroll to Top