”Video Klip Paling Sampah” – PU Syed Dakwa Muzik Video ‘Sempurna’ Separuh Lucah | Trending – Oh! Media

”Video Klip Paling Sampah” – PU Syed Dakwa Muzik Video ‘Sempurna’ Separuh Lucah | Trending – Oh! Media

Trending

PU Syed kecam muzik video 44 Airel kerana didakwa mengandungi unsur lucah dan tak patuh syariah.


Pendakwah selebriti, PU Syed tampil menegur penyanyi muda 44 Airel secara terbuka susulan pelancaran muzik video lagu terbarunya, Sempurna.

Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed menyifatkan video itu telah menyentuh sensitiviti agama Islam.

Lagu dan video klip paling sampah dari seorang penyanyi muda!

Beliau turut mempersoalkan tindakan penyanyi tersebut yang dikatakan menonjolkan adegan separuh lucah demi mengejar populariti.

PU Syed bersuara tentang muzik video ‘Sempurna’

Menurut PU Syed, kandungan muzik video itu bukan sahaja tidak senonoh, malah bertentangan dengan nilai Islam.

Kenapa kalian perlu buat adegan separuh lucah? Nak gambarkan isu semasa tak perlu tonjolkan sisi tak senonoh dalam lakonan.

Beliau turut menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas dan menyaring kandungan muzik video sebelum disiarkan secara umum.

Matlamat tak menghalalkan cara. Mohon sangat pihak berkuasa tapis dulu video macam ni!

Airel akui terima kritikan dengan hati terbuka

Muzik Video

Susulan kecaman tersebut, 44 Airel tampil memberi penjelasan bahawa muzik videonya hanyalah sebuah karya lakonan dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak.

Video ini hanyalah sebuah karya lakonan. Ia tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Tambahnya, video itu bertujuan membuka mata terhadap isu masyarakat dengan pendekatan yang bersifat artistik dan bukan provokatif.

Kita semua masih dalam proses. Terima kasih kerana masih bersama saya.

Pssttt! Dalam berkarya, kreativiti perlulah berpada. Seni itu indah, tapi jangan sampai menyinggung agama atau nilai masyarakat. Pandanglah seni sebagai wadah menyedarkan, bukan memprovokasi.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top