Muzik Video 44 Airel Dikecam Dan Dianggap Separuh ‘Lucah’, Ini Respon Tuan Badan! | Trending – Oh! Media

Muzik Video 44 Airel Dikecam Dan Dianggap Separuh ‘Lucah’, Ini Respon Tuan Badan! | Trending – Oh! Media

Trending

Penyanyi muda, 44 Airel dikecam gara-gara video klip berlatar kelab malam. Ini respon penuh Ariel tentang isu tular yang jadi perdebatan ramai!


Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, 44 Airel atau nama sebenarnya Airel Mohamad Jordan tampil memberi penjelasan selepas muzik video lagu terbarunya berjudul Sempurna dikecam kerana dikatakan menyentuh sensitiviti agama Islam.

Menurut laporan Oh Bulan, Airel menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan menegaskan bahawa muzik video itu hanyalah lakonan, bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi.

Saya masih muda dan masih belajar. Saya tiada niat nak popular dengan cara sebegini.

Dikecam sebab muzik video, Airel tampil jelaskan

Muzik Video

Menjelaskan lanjut, Airel berkata pemilihan lokasi di kelab malam adalah kerana ia berkait rapat dengan mesej lagu, yang menyentuh tentang sisi gelap kehidupan.

Kelab malam bukan perkara pelik, malah selalu ditayangkan dalam filem dan TV.

Saya cuma cuba paparkan realiti dalam bentuk visual. Itu sahaja.

Bersyukur kerana dapat perhatian

44 Airel

Walaupun dikecam, penyanyi berusia 19 tahun ini berkata dia tetap bersyukur kerana usahanya mula mendapat perhatian selepas bertahun-tahun berusaha dalam bidang muzik.

Selama lima tahun saya tak pernah berputus asa. Lagu ini tular dan itu mengajar saya untuk terus berharap.

Dikecam PU Syed

Pu Syed

Terdahulu, pendakwah selebriti PU Syed menyelar muzik video tersebut sebagai terlalu keterlaluan dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum, terutamanya generasi muda.

Pssttt! Anak muda perlu bijak berkarya. Seni itu luas, tapi tetap perlu batas dan tanggungjawab, terutama bila melibatkan nilai agama dan budaya.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top