Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Siti Khalizah Alihan pada pagi Khamis.
Kata Fikry menerusi temu bual bersama portal Gempak, dia sama sekali tidak mengetahui mengenai kes cerai yang berlaku di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan seperti yang tular.
Namun, enggan memberikan ulasan lanjut, pengacara program Melodi TV3 ini memaklumkan, setakat ini dia dan isteri okay sahaja.
“Saya tak tahu, isteri saya okay sahaja dengan saya.
“Memang saya tak tahu apa-apa,” katanya ringkas.
Terdahulu, Khalizah ketika ditanya mengenai prosiding tuntutan cerainya pagi tadi bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut.
“Maaf ya saya tak boleh komen apa-apa sekarang,” jelasnya.
Namun, menurut Peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd Razib yang mewakilinya memaklumkan, anak guamnya memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Jelasnya, saman juga teah diberikan secara sempurna kepada pihak defendan.
“Perceraain saya hanya boleh bagitahu kerana tidak ada persefahaman.
“Itu kami tak boleh komen, sebab adalah pihak defendan sama ada nak lantik peguam atau tidak untuk hadir bagi pihak beliau.
“Saman pihak kami sudah serahkan secar asempurnapad apihak defendan. Fail cerai pada anggaran bulan Mei. Defendan sendiri yang terima fail tersebut.
“Plaintif sekarang ini masih berbincang untuk mencapai perdamaian (masih ada ruang untuk berbincang ke arah kebaikan)Jadi kita akan tunggu respons daripada Encik Fikry,” ujarnya.
Sumber: Gempak