Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meluahkan rasa teruja apabila diberi penghormatan menghadiri jemputan ke kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Paris, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani turut berkongsi beberapa foto kenangan ketika berada di kediaman Duta Besar bersama keluarganya.

“Terima kasih Datuk Eldeen, Datin dan seluruh warga @embassyofmalaysiaparis atas jemputan. Aina dan keluarga sangat hargai layanan mesra yang diberikan. Thank you for the great hospitality,” tulisnya.

Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu itu juga mengakui sudah mula merindui masakan Melayu selepas empat hari berada di negara berkenaan.

“Dah empat hari di Paris ni, tekak rindu makanan Melayu. Terima kasih jamu Aina dan keluarga dengan hidangan yang sedap-sedap,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga melihat Aina menerima jemputan tersebut.

Scroll to Top