Washington: Amerika Syarikat (AS) memulakan penerbangan untuk memindahkan rakyat dan penduduk tetapnya dari Israel, kata duta AS pada 21 Jun.
Penerbangan itu dilakukan ketika Israel melancarkan serangan terhadap seterunya, Iran.
Mike Huckabee memuat naik ciapan di X dengan menyatakan kerajaan AS menawarkan bantuan kepada rakyatnya dan penduduk tetap AS yang tinggal di Israel atau Tebing Barat.
Seorang jurucakap Jabatan Negara berkata, kira-kira 70 individu diterbangkan dari Tel Aviv ke Athens, Greece pada 21 Jun, dengan dua penerbangan kerajaan.
Jurucakap itu menggesa rakyat AS untuk berlepas sendiri, jika boleh tanpa menunggu bantuan kerajaan.
Beberapa negara lain, termasuk China, India dan beberapa negara Eropah, juga mengatur pemindahan untuk rakyat mereka.
Israel dan Iran berbalas serangan sejak Zionis melancarkan kempen udaranya pada 13 Jun lalu, dengan mengatakan Tehran berada di ambang membangunkan senjata nuklear.
Kementerian Kesihatan Iran pada 21 Jun memberikan jumlah kematian lebih 400 individu dalam serangan Israel.
Menurut sekurang-kurangnya, serangan balas Iran membunuh sekurang-kurangnya 25 orang di Israel.
© New Straits Times Press (M) Bhd




