Nampaknya, kontroversi Kieda Crepe berkenaan jangkitan herpes yang dialaminya belum reda. Kali ni, pengarah dan pelakon popular, Michael Ang pula tampil ‘menyembur’ tindakan usahawan itu yang dikatakan sanggup menjaja hal dalam kain demi konten dan viral.
BACA: “Telur Dia Masam?” – Kieda Crepe Salahkan Suami Sampai Kena Herpes
Dalam satu hantaran di Instagram, Michael secara terbuka menegur tindakan Kieda yang dikatakan sudah melampau dan sanggup aibkan suami sendiri semata-mata nak tarik perhatian netizen.
Michael Ang selar Kieda Crepe

Hahahahah LOL. Nak viral pun agak-agak la! Takkan sampai tahap bijik laki kepam dan kena herpes nak bagitahu satu dunia!
Uish, pedas betul teguran Michael kali ni! Menurutnya, dia tak pasti sama ada cerita yang dikongsi Kieda itu benar atau sekadar ‘gimik murahan’ untuk menaikkan engagement.
Tetapi apa pun alasannya, tindakan macam tu dianggap sangat memalukan.
Michael juga sempat menyindir keadaan wajah Kieda yang katanya nampak seperti mengalami kesan herpes yang jelas, walaupun disapu tebal dengan foundation.
“Apa kau fikir?”

Tambah menghiburkan, Michael sempat promosikan produk skincare untuk merawatnya. Ruangan kapsyen pula lebih serius, bila Michael menegaskan bahawa masyarakat zaman sekarang dah tak tahu malu.
Semua dah gila dan tak reti malu kot! Apa kau orang pikir? Manusia macam ni patut dijauhi ya sebab tahap bodoh dia orang tak masuk akal.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Michael Ang, terutama bila melibatkan isu maruah rumah tangga yang sepatutnya tak dijadikan bahan lawak atau konten tontonan umum.
Pssttt! Dalam dunia serba digital ni, tak semua benda boleh dijadikan konten. Lagi-lagi apabila melibatkan aib pasangan kan.
Kredit: Instagram Michael Ang
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




