nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Sebanyak 297 projek pembangunan membabitkan nilai peruntukan RM12.4 bilion akan dilaksanakan di Kelantan tahun ini.
Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Roslan Ismail, berkata ia meliputi pembinaan jalan, bangunan sekolah serta pejabat kerajaan.
“Menerusi jumlah projek ini, ada yang sudah dalam pembinaan, sudah tender dan ada yang dalam proses sebut harga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali ke-48 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi PKMM, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz.
Pada masa sama, Roslan turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan kontraktor ketika menyertai tender.\
“Antaranya borang tender ditandatangani oleh penama yang bukan diberi kuasa, tiada cop syarikat, tidak tukis tempoh pembinaan projek yang akan diambil selain sijil pendaftaran tamat tempoh.
“Ini antara kesalahan dilakukan kontraktor yang kita kenal pasti menyebabkan mereka gagal mendapatkan tender berkenaan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




