Guru Wanita Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah, Tidak Hadir Sekolah Cetus Kebimbangan | Trending – Oh! Media

Guru Wanita Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah, Tidak Hadir Sekolah Cetus Kebimbangan | Trending – Oh! Media

Trending

Guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah di Jempol selepas gagal dihubungi pihak sekolah.


Suasana tenang di sebuah taman perumahan bertukar cemas apabila seorang guru wanita ditemui meninggal dunia di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, Jempol Negeri Sembilan pagi Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, segalanya bermula apabila guru berusia 55 tahun itu tidak hadir ke sekolah seperti biasa, malah cubaan pihak sekolah untuk menghubunginya juga gagal.

Penolong Kanan pergi periksa rumah

Guru

Rasa tidak sedap hati menyebabkan Penolong Kanan sekolah bertindak pergi ke rumah mangsa untuk memeriksa keadaannya.

Difahamkan apabila tiba di lokasi, kereta mangsa dilihat berada di luar rumah tetapi panggilan telefon tak berjawab.

Pihak sekolah yang curiga terus menghubungi bomba untuk membantu membuka pintu rumah mangsa.

Pasukan bomba yang tiba tidak lama kemudian berjaya membuka pintu rumah sebelum menemukan guru berkenaan sudah tidak bernyawa.

Ada sejarah penyakit jantung

Polis

Menurut sumber, wanita tersebut mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pssttt! Pemergian mengejut seorang pendidik pastinya meninggalkan kesan mendalam, lebih-lebih lagi kepada warga sekolah yang mengenalinya. Oh! Media ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Kredit: Sinar Harian | Featured photo (Sinar Harian)
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top