Inspirasi Dari Kisah Ibu Bapa, Netizen Rasai Keperitan Shila Amzah Dalam Lagu ‘Pernah Punya Aku’

Inspirasi Dari Kisah Ibu Bapa, Netizen Rasai Keperitan Shila Amzah Dalam Lagu ‘Pernah Punya Aku’

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi ‘teaser’ untuk lagu baharunya berjudul ‘Pernah Punya Aku’ yang difahamkan akan dirilis pada bulan Jun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) mililknya, Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah, memaklumkan lagu tersebut diinspirasikan oleh kisah ibu bapanya iaitu penyanyi era 80- an, Amir Amzah atau dikenali sebagai ND Lala dan bekas isterinya, Fauziah Sarman yang telah sah bercerai pada Ogos 2023.

“Kisah inspirasi dari ibu bapa saya,” tulisnya berserta tanda pagar #PernahPunyaAku.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan memahami dan mendengar keperitan yang dilalui oleh Shila menerusi bait-bait lirik lagu tersebut yang nyata menyentuh emosi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir daripada netizen yang memuji Shila mahir menutupi kesedihannya dan terus kelihatan ceria meskipun melalui fasa gelap.

Ada juga dalam kalangan netizen mendaoakan agar hubungan kekeluargaan mereka terus erat dan tiada lagi konflik.

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung 2023.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Sekitar April tahun lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.

Bagaimanapun, kelibat ibu dan bapanya di majlis aqiqah anak pertama Shila bersama Ubai, iaitu Rhea Akira meraih perhatian seolah-olah telah menandakan hubungan kekeluargaan mereka kembali jernih.

Artikel Berkaitan: Majlis Aqiqah Anak Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Fauziah Sarman… Kelibat ND Lala Raih Perhatian – “Alhamdulillah, Semoga Ikatan Keluarga Berkekalan”

Scroll to Top