Tehran: Iran menafikan wujudnya perjanjian gencatan senjata dengan Israel bagi menamatkan konflik yang berlarutan 12 hari.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan, tiada sebarang perjanjian gencatan senjata dicapai dengan Israel setakat ini.
Namun katanya, Iran bersedia menghentikan serangan jika rejim Zionis menghentikan pencerobohan di negara ini.
“Setakat ini, tiada perjanjian berkaitan gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan,” katanya dalam kenyataan di media sosial pada Selasa.
Abbas berkata, jika rejim Israel menghentikan pencerobohan haram terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya 4 pagi waktu Iran, pihaknya tiada niat untuk meneruskan serangan balas selepas itu.
Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan proses gencatan senjata akan bermula kira-kira 0400 GMT.
© New Straits Times Press (M) Bhd




