LBS lancar Centrum Iris

LBS lancar Centrum Iris

Cameron Highlands

LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan Centrum Iris, Presint 2 di perbandaran ikoniknya, Cameron Centrum dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM472 juta.

Centrum Iris secara rasmi menjadi pembangunan komersial bercampur terbesar di Cameron Highlands, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi kehidupan bersepadu di kawasan tanah tinggi.

Centrum Iris, fasa kedua dalam perbandaran Cameron Centrum, merupakan satu pencapaian penting dalam merealisasikan visi LBS untuk mentakrifkan semula gaya hidup tanah tinggi.

Projek ini dibangunkan berasaskan kejayaan Presint 1, pembangunan bercampur terbesar di Cameron Highlands yang telah siap pada tahun 2021. Presint 1 menampilkan sejumlah 58 unit kedai pejabat dan k5ini dipenuhi 95 peratus oleh jenama-jenama terkenal sektor makanan dan minuman, perbankan, penjagaan kesihatan serta keperluan harian.

Ekosistem komersial yang pesat berkembang di Presint 1 telah menyediakan asas kukuh untuk kejayaan Centrum Iris, sekali gus menawarkan kemudahan gaya hidup sedia ada dan tarikan pelaburan berdaya saing.

Centrum Iris muncul sebagai pembangunan pertama di Cameron Highlands yang menerima ‘Silver GreenRE Certification’, satu pengiktirafan terhadap komitmen berterusan LBS dalam pembangunan lestari bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Mengutamakan konsep kehidupan hijau dalam reka bentuknya, projek ini merangkumi kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), 47 fasiliti berorientasikan gaya hidup, serta kafe dan restoran bumbung yang menawarkan pemandangan panorama tanah tinggi.

Keseluruhan elemen ini dirancang secara strategik bagi menyokong kehidupan lebih hijau dan sihat.

Terletak di tengah-tengah pusat komersial Brinchang yang sedang pesat membangun, Centrum Iris menawarkan 705 unit kediaman (berkeluasan antara 595 hingga 1,370 kaki persegi, dengan permulaan harga dari RM476,000) dan 26 unit komersial (berkeluasan antara 615 hingga 2,944 kaki persegi, dengan permulaan harga RM676,000).

Pembangunan ini, menggabungkan seni bina moden dengan elemen penampilan elegan berinspirasikan reka bentuk Inggeris, mewujudkan destinasi gaya hidup yang unik dan berprestij di kawasan tanah tinggi sesuai untuk pemilik rumah mahupun pelabur.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim berkata, antara tumpuan utama pada majlis pelancaran fasa baharu projek ini adalah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pengendali platform sewaan pelancongan, MyKey International (MyKey) dan Dreamscape Hospitality Group (Dreamscape).

“Inisiatif ini dijangka membuka peluang pulangan pelaburan yang lebih mudah dan efisien kepada pembeli dan pemilik rumah LBS.

“MOU ini membolehkan kami memperluaskan daya tarikan Centrum Iris dengan konsep pemilikan kediaman sekali gus meneroka potensi pasaran sewaan jangka pendek di lokasi pelancongan utama Malaysia,” katanya yang turut merasmikan majlis pelancaran itu, bersama Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim.

Katanya, pelancaran ini bukan sekadar satu pencapaian dalam pembangunan hartanah, malah ia mencerminkan misi berterusan kami untuk membina komuniti yang rancak dan lestari, dilengkapi fungsi moden serta gaya hidup kontemporari.

Centrum Iris telah mencapai kadar tempahan yang memberangsangkan setakat ini, sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap potensi pelaburan.

Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Brinchang ini merupakan pusat tumpuan pelancongan dan perdagangan menjadikan bangunan ini pilihan utama pembeli yang mengutamakan nil ai jangka panjang dan daya tarikan tanah tinggi sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1700 81 8778 atau layari www.cameroncentrum.com.my.

Sebagai alternatif, kunjungi Galeri Jualan Centrum Iris di C-2-48, Presint 1, Cameron Centrum, Brinchang dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk kemudahan anda, Galeri Jualan Satelit bagi Centrum Iris turut disediakan di Aras Bawah, LBS 2, Petaling Jaya, Selangor.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top