Oh! Artis
Syed Saddiq kini bebas dari pertuduhan dan netizen pula sibuk ‘push’ beliau kahwin dengan Bella Astillah.
Selepas beberapa tahun dibelenggu isu mahkamah, akhirnya Ahli Parlimen, Muar YB Syed Saddiq boleh menarik nafas lega apabila beliau dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah dana Armada.
BACA: “Saya Tak Menyesal, Saya Tak Takut” – Syed Saddiq Harap Musuh Politik Tak Lalui Nasib Sama
Berita ini bukan sahaja menggembirakan beliau dan keluarganya, malah turut diraikan oleh para penyokong setia yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya sejak hari pertama kes ini dibicarakan.
Tapi apa yang lebih mencuri perhatian adalah reaksi orang ramai yang mahu Syed Saddiq melamar Bella Astillah.
Netizen nak tengok mereka disatukan

Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa tak sabar untuk melihat Syed Saddiq dan Bella mendirikan rumah tangga.
Dah boleh masuk meminang Bella Astillah.
Komen-komen tersebut jelas menunjukkan betapa netizen cukup ‘menyukai’ pasangan ini, lebih-lebih lagi selepas Bella dilihat setia menemani Syed Saddiq sepanjang perbicaraan di mahkamah.
Syed Saddiq ketika disoal wartawan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal peribadi. Beliau mahu mengutamakan kerjaya politik yang lebih penting.
Kahwin atau tunang? Ini respon Bella Astillah

Penyanyi Bella Astillah pula bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah. Bella melihat Syed Saddiq seorang yang jujur, ikhlas dan berani.
Apa yang Bella nampak, dia seorang yang sangat jujur, ikhlas dan juga berani. Dia buat semua benda dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mungkin ini balasan atas kebaikan yang dia telah buat.
Mengenai perancangan masa depan sama ada bertunang atau berkahwin pula, Bella hanya mengunci mulut kerana tidak manis baginya untuk menjawab soal peribadi.
Sabar, keputusan baru je dibuat jadi lebih baik kita fokus untuk hari ni. Selebihnya Bella tak mahu kongsi, macam Bella pernah cakap, Bella perempuan tak manis nak kongsi apa-apa perancangan masa depan. Minta doa yang terbaik.
Untuk yang mungkin tak tahu, hubungan mereka mula jadi perhatian ramai selepas kedua-duanya disatukan sebagai duta kepada jenama pakaian raya baru-baru ini.
Sejak itu, pelbagai spekulasi dan andaian mula bertebaran di media sosial dan kini Syed Saddiq sudah bebas, ramai anggap ini sebagai ‘lampu hijau’ untuk langkah seterusnya!
Pssttt! Tapi soal jodoh dan perkahwinan bukan sesuatu yang boleh didesak-desak. Apa pun, Oh! Media doakan yang terbaik buat Syed Saddiq dan Bella.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.