kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Signature Malaysia, peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman serta gaya hidup, melancarkan Signature HomeFest 2025, kempen gaya hidup selama tujuh minggu yang menyasarkan pemilik rumah di seluruh negara.
Majlis pelancaran yang diadakan di Signature Malaysia Flagship Store di Kota Damansara itu turut menandakan permulaan usaha Signature Malaysia untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Kempen Pameran Rumah dan Gaya Hidup Terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau berkata, Signature HomeFest 2025 bukan sekadar kempen, tetapi cara syarikat berkongsi nilai rekaan Signature Malaysia dengan rakyat.
“Sebagai peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman yang menyeluruh, kami mahu menjadi rakan sepanjang perjalanan membina kediaman pelanggan, bukan hanya dengan menawarkan produk berkualiti, tetapi juga mencipta pengalaman, menyediakan panduan pakar, serta memperkenalkan konsep rekaan yang mencerminkan cara hidup masa kini.
“Visi ini direalisasikan melalui falsafah reka bentuk terkini jenama dan konsep baharu kami, Soft Minima, bukan saja bermaksud kesederhanaan, tetapi mengenai menjalani kehidupan dengan lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, konsep itu juga membawa elemen semula jadi ke dalam ruang kediaman, menggunakan tekstur lembut, palet warna lembut dan menenangkan serta perancangan susun atur yang teliti bagi mewujudkan rasa perlindungan yang sebenar di rumah.
Selain itu, Amelia Henderson turut diperkenalkan sebagai duta Signature Malaysia manakala Datuk Chef Wan diumumkan sebagai Cef Selebriti Signature Malaysia.
Kedua-dua personaliti ini akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi jenama terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




