Oh! Artis
Bella Astillah muat naik foto bersama Syed Saddiq selepas mahkamah bebaskannya daripada semua pertuduhan.
Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah kembali mencuri perhatian netizen apabila memuat naik gambar bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di Instagram, sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan beliau daripada semua pertuduhan.
Dalam kapsyen yang dimuat naik, Bella menulis, “Alhamdulillah congrats YB @syedsaddiq. A big day for a good man, not all heroes wear capes, some wear suits and never give up.” Hantaran itu turut menerima ribuan tanda suka dan komen daripada peminat serta penyokong Saddiq.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Bella kerana sentiasa menyokong perjuangan Saddiq sepanjang tempoh sukar tersebut.
Mahkamah rayuan bebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan…
Terdahulu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk membebaskan bekas Presiden MUDA itu daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan sebulat suara bahawa Saddiq tidak bersalah.
Ini sekaligus mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.
Pssttt! Walaupun laluan perjuangan Saddiq penuh liku dan cabaran, keputusan mahkamah ini telah membuktikan keadilan tetap wujud. Sokongan padu daripada rakan-rakan dan orang tersayang seperti Bella Astillah jelas memainkan peranan penting dalam memberikan kekuatan moral. Moga keputusan ini membuka lembaran baru buat beliau untuk terus berbakti kepada rakyat.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




