Pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura mencuri perhatian selepas kenyataannya baru-baru ini mengenai ‘baru sahaja bercerai’ dipertikai oleh segelintir pihak.
Menerusi ruangan Threads, teraju utama filem Gol & Gincu itu tampil bersuara membalas kenyataan seorang pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai psiko.
Dakwanya, meskipun dia bukan peminat Fazura dan Fattah, namun cara bercakap aktres itu disifatkannya sebagai ‘alpha woman’.
“Aku tak kecam Fazura dan aku juga bukan peminat Fattah. Tapi cara Fazura cakap “baru sangat cerai” “baru sangat cerai”. Bagi aku psycho.
“Dekat sini kita boleh nampak alpha woman memang Fazura.
“Dan Bamtah (Fattah) sememangnya tak boleh nak control Fazura. Yang aku respect bamtah tak buruk buruk kan Fazura. Dan beranggapan jodoh mereka mungkin tak lama,” tulisnya.

Bagaimnapaun tidak berdiam diri, pelantun lagu Luar Biasa itu bagaimanapun tampil memberikan respons.

Peminat tampil backup
Di ruangan balas, peminat juga tampil mempertahankan Fazura.





