Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya, Polis Dapat Rakaman CCTV Dari Pelbagai Lokasi | Trending – Oh! Media

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya, Polis Dapat Rakaman CCTV Dari Pelbagai Lokasi | Trending – Oh! Media

Trending

Polis kini sudah mendapatkan rakaman CCTV daripada pelbagai lokasi untuk kesan suspek.


Kes pembunuhan tragis seorang pelajar wanita berusia 20 tahun di sebuah universiti swasta di Cyberjaya menggemparkan negara apabila mayatnya ditemui dalam bilik asrama.

Kini, pihak polis sedang giat meneliti rakaman CCTV bagi menjejaki suspek yang masih bebas.

BACA: Pelajar Universiti Dibunuh Kejam, Suspek Dikesan Guna Kad ATM Mangsa

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pihaknya telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pelbagai lokasi berhampiran tempat kejadian.

Polis dah dapat rakaman CCTV

Pelajar

Polis akan menggunakan rakaman itu untuk mengenalpasti suspek dan mengecilkan lokasi pencarian suspek.

Rakaman tersebut dijangka menjadi petunjuk penting dalam usaha mengenal pasti dan menjejak dalang di sebalik kejadian kejam ini.

Pelajar

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mangsa, berasal dari Kuching, Sarawak, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di bahagian kepala dipercayai akibat hentakan objek tumpul.

Mangsa yang mengikuti pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi tinggal di bilik asrama bersama lima rakan lain.

Namun, sejak 21 Jun lalu, rakan-rakannya telah pulang bercuti, meninggalkan mangsa berseorangan kerana perlu menghadapi peperiksaan.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan rogol pada tubuh mangsa, namun kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top