Syed Saddiq Bebas Semua Tuduhan Tapi AGC Tidak Duduk Diam

Syed Saddiq Bebas Semua Tuduhan Tapi AGC Tidak Duduk Diam

Oh! Negara

AGC fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Syed Saddiq dibebaskan Mahkamah Rayuan.


Drama kes mahkamah Syed Saddiq nampaknya belum berakhir. Walaupun Mahkamah Rayuan baru saja membebaskan Ahli Parlimen Muar itu daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Jabatan Peguam Negara (AGC) kini mengambil langkah seterusnya dengan memfailkan rayuan.

Memetik laporan dari Kosmo! Online, AGC menegaskan yang tindakan mereka ini bukanlah luar biasa, sebaliknya adalah sebahagian daripada proses keadilan di negara ini.

Selepas meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, jabatan ini (AGC) telah menfailkan Notis Rayuan pada hari ini terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut.

Ia adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

Tujuan rayuan kes Syed Saddiq bukan atas dasar tak puas hati…

Syed Saddiq

Rayuan yang difailkan ke Mahkamah Persekutuan ini bertujuan untuk membolehkan satu semakan semula dilakukan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. AGC menjelaskan, ini penting untuk pastikan sebarang isu perundangan yang timbul diteliti dan diputuskan secara muktamad, selari dengan prinsip keadilan serta tadbir urus undang-undang yang telus.

Untuk korang yang terlepas cerita, semalam Mahkamah Rayuan telah membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33 tahun, daripada semua empat pertuduhan melibatkan dana Armada.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh tiga hakim, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin yang menerima rayuan Saddiq untuk mengetepikan sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Pssttt! Kes ni mengingatkan kita yang dalam sistem kehakiman, satu keputusan belum tentu penamat kepada segala-galanya. Masih ada ruang untuk semakan semula melalui proses rayuan dan ini penting bagi menjamin keadilan untuk semua pihak, baik pendakwaan mahupun tertuduh.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top